Guna MyKad Sewa Dari Tawau, PATI Tentera Terlatih Filipina Dicekup di KLIA

29 Mar 2023 • 6:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki itu ditahan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2)

Guna MyKad Sewa Dari Tawau, PATI Tentera Terlatih Filipina Dicekup di KLIA. Dilaporkan seorang lelaki berusia 30-an tahun telah ditahan di KLIA 2 apabila didapati memasuki negara ini tanpa izin.

Pendatang tanpa izin (PATI) terbabit juga didapati menerima latihan ketenteraan dan mahir dalam mengendalikan senjata api.

image is not available
Guna MyKad Sewa Dari Tawau, PATI Tentera Terlatih Filipina Dicekup di KLIA

Cuba memasuki Semenanjung Malaysia menggunakan MyKad yang disewa

Menurut laporan, lelaki terbabit telah cuba memasuki Semenanjung Malaysia menggunakan MyKad yang disewa daripada sindiket tempatan di Tawau, Sabah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan lelaki itu telah menjalani latihan ketenteraan selama 44 hari di Filipina untuk menjadi anggota pasukan keselamatan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Lelaki terbabit telah memasuki Malaysia secara haram melalui Sabah dan memiliki kemahiran taktikal dan kepakaran senjata api yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan awam jika disalahgunakan.

Ini berikutan negara kini berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap ancaman pengganas Sulu yang menceroboh negara pada tahun 2013, dengan harapan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Sindiket haram sedang disiasat

SPRM sedang menyiasat aktiviti sindiket penyeludupan PATI dan individu yang menyewakan MyKad mereka kepada sindiket berkenaan.

Setakat ini, sembilan individu, termasuk tiga wanita tempatan, berusia antara 37 dan 48 tahun dan termasuk lima pegawai imigresen telah ditahan pada 24 Mac lalu kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan PATI.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Salah seorang daripada suspek merupakan seorang warga asing berusia 73 tahun, dipercayai dalang sindiket berkenaan.

Difahamkan, sindiket berkaan mengenakan bayaran PATI dan penduduk sementara yang tidak mempunyai dokumen lengkap atau mempunyai sekatan sekitar RM2,500 untuk keluar dari Sabah melalui lapangan terbang Tawau, memberikan mereka MyKad dan pas masuk asal atas nama pemegang MyKad asal.

Lagi di sini: