Guna Nombor Plat Fancy, Denda RM10,000 Menanti Anda!

28 Dec 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jangan guna nombor plat fancy yang mengelirukan! Ini kerana anda boleh dikenakan denda hingga RM10,000.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, Pemilik kenderaan yang menggunakan nombor 'fancy' ekstrem akan disaman di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mempamerkan nombor pendaftaran yang mengelirukan.

"Kami telah membawa kes itu ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman minimum RM5,000 dan boleh mencecah RM10,000. Kita dapati sejak akhir-akhir ini banyak motosikal dan kereta menggunakan nombor ekstrem hingga mengelirukan agensi penguat kuasa lain," katanya kepada pemberita selepas Op Pelbagai JPJ di Jalan Ampang.