Guna peruntukan secara optimum

LocalPolitics
11 Apr 2023 • 12:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Zaliha Mustafa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan negeri bertanggungjawab memastikan peruntukan yang diberikan Kerajaan Perpaduan diguna secara optimum dalam memenuhi keperluan rakyat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, peruntukan yang telah ditetapkan kerajaan dilakukan setelah membuat penelitian terperinci terhadap keperluan dan kepentingan rakyat di setiap negeri selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Menurutnya, mesyuarat bersama exco kesihatan negeri kali pertama yang berlangsung di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan maklumat berkaitan Analisa Belanjawan 2023 dan peruntukan perbelanjaan kementerian.

"Di bawah Belanjawan 2023, KKM merupakan kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mesyuarat turut membentangkan isu-isu penting mengenai Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

"Saya turut menggesa exco setiap negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan.

Saya juga berharap agar mesyuarat ini akan dijadikan platform yang menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia Madani yang sihat sejahtera," ujar Dr Zaliha.

KKM menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM36. 3 bilion berbanding RM32. 4 bilion pada tahun sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved