Guna semula papan kek hasilkan hiasan belakang pintu. Cantik dan menjimatkan

Cooking
20 Sep 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SIAPA punya tabiat suka simpan papan kek di rumah?

Jika ya, jangan bimbang sebab anda tidak keseorangan. Ramai yang perangai begitu.

Ibu admin juga salah seorang daripada individu yang gemar menyimpan papan tersebut setiap kali membeli kek.

Bermacam bentuk dan saiz beliau ada.

Sayang hendak buang, katanya. Mana tahu boleh guna nanti.

Pun begitu, sampai sekarang ia hanya disimpan sahaja di dalam kabinet dan tidak digunakan pun.

image is not available

HIASAN BELAKANG PINTU

Namun, selepas menonton sebuah cuplikan video seorang pengguna Instagram menggunakan username @norpadilahdiycrafter tentang cara menghasilkan hiasan pintu secara DIY sahaja, admin terus ingin berkongsikan info itu bersama dengan ibu.

image is not available

Menurut wanita tersebut, bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada barangan terpakai termasuk papan kek yang sudah tidak digunakan.

 

Bahan yang diperlukan untuk dekorasi tersebut adalah seperti berikut:

Papan kek bentuk bulat
Kain guni
Bunga kecil
Benang
Gam

Kaedah penyediaan:

image is not available

  1. Tanggalkan kertas pembalut pada papan kek.
  2. Gunting kain guni menjadi separuh bulatan.

image is not available3. Potong-potongkan bahagian tepi material tersebut supaya senang hendak dilekatkan menggunakan gam.

4. Lekatkan hook pada bahagian belakang papan hiasan supaya mudah hendak digantung.

image is not available

5. Gubah bunga ikut selera masing-masing.

6. Guntingkan sedikit kain guni menjadi bentuk segi empat tepat dan ikat benang di bahagian tengah supaya menjadi bentuk reben.

image is not available

7. Lekatkan reben pada hiasan pintu yang telah siap.

Untuk anda yang mempunyai papan tersebut di rumah, apa kata cuba cara terbaik.

Daripada dibuang begitu sahaja, apa kata anda manfaatkan papan kek tersebut menjadi perhiasan yang menambah seri pada ruang rumah.

Kalau dibuat sendiri, boleh jimat dan yang penting ia dihasilkan mengikut cita rasa sendiri.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

View Original Article