Guna Tiga Bahan Je, Papan Pemotong Bertukar Jadi Baru

CookingHome & Living
27 Jun 2023 • 11:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Guna Tiga Bahan Je, Papan Pemotong Bertukar Jadi Baru

Apabila rajin memasak, pastinya perkakasan dapur seperti kuali, sudip, papan pemotong dan lain-lain akan bertukar warna kepada kekuning-kuningan yang secara tidak langsung menunjukkan peralatan itu perlu ditukar baharu.

Sebenarnya kalau perkakasan itu telah diguna untuk jangka masa yang lama tidak salah untuk menukarnya kepada yang baharu.

Akan tetapi sekiranya baru digunakan dalam masa tidak lebih dari setahun, agak membazir untuk membeli yang baharu kerana ia masih lagi berfungsi seperti biasa.

Warna kekuningan yang ada pada peralatan itu kemungkinan disebabkan oleh kotoran degil atau sisa makanan yang melekat membuatkan ia susah untuk dibuang menggunakan sabun basuh pinggan yang biasa.

Sebenarnya, ada satu tips yang boleh digunakan untuk membuang kotoran tersebut seperti video yang dimuat naik oleh @momihood di TikTok.

Tiga bahan sahaja

Hanya menggunakan tiga bahan sahaja, papan pemotong anda akan berubah menjadi seperti baharu dan yang paling penting, bahan-bahan itu mudah untuk didapati di pasar raya terdekat anda!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan papan pemotong itu ialah garam, natrium bikarbonat (baking soda), cuka putih dan air panas untuk mencuci.

Apabila bahan sudah tersedia, boleh mulakan dengan menuang air panas ke papan pemotong supaya perkakas itu berada dalam keadaan basah untuk memudahkan mencuci papan itu.

Selepas itu, tuangkan garam ke atas papan itu, dan gosok sedikit sebelum menggunakan bahan lain.

image is not available
Kredit: @momihood/TikTok

Kemudian, taburkan baking soda ke atas papan itu. Sekiranya kotoran itu adalah kotoran yang sangat hitam, baking soda itu perlu ditunggu kira-kira 15 minit sebelum menggosoknya.

image is not available
Kredit: @momihood/TikTok

Anda boleh menggosok papan itu menggunakan tangan ataupun berus gigi mengikut keselesaan. Jika gunakan berus gigi, kotoran itu akan lebih mudah untuk disental.

Seterusnya, tuang cuka putih untuk lebih berkesan semasa papan itu digosok dengan baking soda. Gosok semua bahan itu dan selepas ia kotoran itu tanggal, boleh bilas dengan air panas.

image is not available
Kredit: @momihood/TikTok

Anda boleh lap papan pemotong itu dengan kain yang bersih dan selesai.

Sekiranya, kotoran masih melekat pada papan pemotong itu, usah risau anda masih boleh bersihkannya lagi dengan mengulang langkah tersebut.

Namun perlu diingat, jika membasuh menggunakan bahan-bahan tadi dengan kerap, kemungkinan papan pemotong itu akan menjadi rosak.

Elakkan melakukan sesuatu yang boleh membuatkan anda menyesal.

Tonton video penuh di bawah ini. Selamat mencuba!

Sumber: @momihood/TikTok