Gunting 38 Seluar Dalam, Uniform Rakan? Anggota Polis Mengaku Salah, Telah Jalani Hukuman

LocalPolitics
18 Apr 2026 • 7:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada 14 Mei 2024.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, semakan mendapati kes berkenaan adalah berdasarkan laporan polis bertarikh 9 April 2024 yang dibuat oleh seorang anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 427 Kanun Keseksaan (pencerobohan rumah dan melakukan khianat). Tangkapan telah dibuat ke atas pelaku yang merupakan seorang anggota polis untuk membantu siasatan.
“Pada 14 Mei 2024, pelaku telah dituduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.
“Dia mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman denda RM1000 dan perintah berkelakuan baik selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan media di Facebook Polis Daerah Mersing.

Image from: Gunting 38 Seluar Dalam, Uniform Rakan? Anggota Polis Mengaku Salah, Telah Jalani Hukuman

Image from: Gunting 38 Seluar Dalam, Uniform Rakan? Anggota Polis Mengaku Salah, Telah Jalani Hukuman Image from: Gunting 38 Seluar Dalam, Uniform Rakan? Anggota Polis Mengaku Salah, Telah Jalani Hukuman

Beliau berkata, siasatan tatatertib turut dijalankan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dengan anggota terbabit digantung kerja selama 15 bulan.

“Siasatan selari turut dijalankan di bawah peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan telah digantung kerja selama 15 bulan,” katanya.

Menurut beliau lagi, selepas selesai menjalani hukuman jabatan, anggota terbabit telah ditukarkan ke IPD Johor Bahru Selatan sebelum kembali melapor diri ke IPD Mersing pada 15 April 2026 selepas permohonan rayuan pertukaran atas faktor kebajikan diluluskan.

Image from: Gunting 38 Seluar Dalam, Uniform Rakan? Anggota Polis Mengaku Salah, Telah Jalani Hukuman

Terdahulu, tular di media sosial insiden melibatkan dakwaan pencerobohan kediaman serta kerosakan barang milik keluarga anggota polis terbabit, termasuk pakaian peribadi yang digunting, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan merakam kejadian tersebut.

View Original Article