Gunting rambut percuma untuk lebih 650 murid

14 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Lebih 650 murid menyertai majlis gunting rambut percuma sebelum sesi persekolahan bermula pada Jumaat.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata program itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Sipitang dan Adun Sindumin merangkap Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusoff Yaccob.

“Program ini bagi memberi semangat kepada ibu bapa dan murid menjelang sesi persekolahan.

“Terdahulu, kita menganjurkan program Kembali ke Sekolah yang membabitkan lebih 500 murid di Lumadan di lima lokasi iaitu Padas Damit, dan tiga lokasi di Pekan Beaufort dan juga Weston.