Gunting T-Shirt Dibeli Sendiri Untuk Boikot Produk Sweden, Netizen Perli Caprice Kurang Cerdik – “Sia-Sia Je, Nampak Bod*h”

26 Jan 2023 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di internet tentang tindakan ahli politik Sweden membakar nashkah al-Quran dan perkara itu menaikkan kemarahan ramai umat Islam di seluruh dunia.

Ramai rakyat Malaysia turut mengajak untuk memboikot produk dan jenama yang berasal dari negara tersebut terutamanya yang terkenal seperti Ikea dan H&M.

image is not available 4 minggu lalu

"Kalau Kau Tak Bagi, Aku R*gol Kau!" - Karya Novel Didakwa Bawa Unsur S*ks Melampau, Netizen Gesa Boikot

Penyanyi rap, Caprice yang berang dengan tindakan ahli politik Sweden tersebut turut meluahkan perasaan marah dan mengajak orang Malaysia untuk memboikot.

Namun, cara Caprice menunjukkan kemarahan itu menjadi perhatian dan mengundang kritikan ramai warganet yang menonton video dimuat naik olehnya di TikTok.

Menerusi klip pendek berkenaan, Caprice bercakap dengan nada marah dan mengajak netizen untuk boikot jenama H&M sambil menggunting t shirt berwarna putih dari kedai tersebut.

Rata-rata pengguna Twitter menyindir Caprice mahu memboikot tetapi dengan cara yang salah kerana menggunting baju dibeli sendiri.

Kata mereka sepatutnya kalau mahu memboikot adalah dengan tidak membeli apa-apa barangan daripada sesuatu jenama tersebut, bukan dengan membazir sebegitu.

Segelintir individu memerli Caprice kerana tidak berbuat perkara yang sama kepada barangan daripada Balenciaga ketika jenama itu terbabit dengan isu pornografi kanak-kanak sebelum ini.

image is not availableimage is not available