Gunung Anak Krakatau meletus empat kali

Environment
8 Sep 2026 • 4:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gunung Anak Krakatau meletus empat kali

JAKARTA: Gunung Berapi Anak Krakatau kembali meletus pada Selasa, dengan sekurang-kurangnya empat letusan direkodkan sejak awal pagi hingga tengah hari.

Menurut laman rasmi pemantauan gunung berapi MAGMA Indonesia kendalian Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM), letusan keempat Gunung Anak Krakatau berlaku pada pukul 11:34 pagi (waktu tempatan).

Berdasarkan laporan petugas, Deny Mardiono, letusan berkenaan tidak dapat dilihat secara visual.

“Letusan ini direkodkan seismograf dengan amplitud maksimum 50 milimeter (mm) dan tempoh 17 saat,” katanya seperti dipetik daripada laman berkenaan.

Gunung itu kini berstatus Tahap Tiga atau Siaga, selepas siri letusan berlaku sejak hujung minggu lalu.

Kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut dikerahkan bagi memantau keadaan terkini gunung berapi berkenaan dari lokasi paling hampir.

Letusan pertama Gunung Anak Krakatau pada Selasa berlaku pada pukul 5:08 pagi (waktu tempatan). Letusan kedua berlaku kira-kira setengah jam kemudian.

Letusan ketiga pula berlaku kira-kira dua jam kemudian, pada pukul 7:49 pagi (waktu tempatan).

Berdasarkan hasil pemantauan, semburan abu gunung berapi dan hujan debu berpotensi mengancam keselamatan navigasi kapal yang melalui perairan sekitar Gunung Anak Krakatau.

Selain Gunung Anak Krakatau, Gunung Ibu di Pulau Halmahera, Maluku Utara dan Gunung Ile Lewotolok di Pulau Lembata, Nusa Tenggara Timur (NTT) turut dilaporkan meletus beberapa kali sepanjang Selasa.

Gunung Ibu dilaporkan meletus sehingga tujuh kali sejak awal pagi hingga tengah hari Selasa. Gunung berapi berkenaan kini berstatus Tahap Dua atau Waspada.-AGENSI

The post Gunung Anak Krakatau meletus empat kali appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved