Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus

28 Nov 2023 • 4:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

Pegawai Pos Pemerhatian gunung berapi Anggi Nuryo Saputro dalam satu kenyataan berkata letusan berlaku pada 6.29 pagi waktu tempatan selama 130 saat.

Sejak Jun 1927, aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin meningkat, semakin besar dan tinggi sehingga 157 meter dari paras laut.

Aktivitinya meningkat dengan ketara sejak April tahun lalu dengan status amaran bahayanya dinaikkan ke tahap ketiga tertinggi.

Pada 2018, Anak Krakatau meletus dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 400 orang manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved