Gunung berapi Cotopaxi di Ecuador catat aktiviti seismik

Environment
28 Nov 2022 • 1:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

QUITO: Pelepasan gas dan wap air, tahap abu yang rendah dan peningkatan aktiviti seismik dicatatkan pada Ahad di gunung berapi Cotopaxi di Ecuador, lapor Xinhua.

Perkembangan aktiviti seismik itu direkodkan dari 5.40 pagi waktu tempatan (10:40 GMT) oleh kamera pengawasan berhampiran gunung berapi, menurut institut geofizik Ecuador dalam satu kenyataan.

Abu yang dicetuskan gunung berapi itu telah menjejaskan selatan Quito dan lembah sekitarnya.

“Adalah disyorkan untuk mengambil langkah-langkah penting dan mengikuti maklumat daripada sumber rasmi,“ menurut agensi itu.

Sejak 23 Okt, amaran kuning yang bermaksud risiko sederhana telah berkuat kuasa di kawasan berhampiran gunung berapi.

Kali terakhir gunung berapi itu meletuskan abu paling dasyat pada 26 Jun 1877.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved