Gunung Berapi Etna Meletus, Pelancong Bertempiaran Lari

WorldTravel
2 Jun 2025 • 7:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gunung Berapi Etna Meletus, Pelancong Bertempiaran Lari

Gunung Etna, gunung berapi paling aktif di Eropah, kembali meletus awal pagi Isnin dengan memuntahkan asap tebal dan abu panas ke udara.

Sehubungan itu, hal ini mencetuskan suasana panik dalam kalangan pelancong yang difahamkan berkunjung ke kawasan tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan pelancong berlari menuruni lereng gunung dalam keadaan cemas apabila letusan mula berlaku.

Letusan itu disertai kepulan asap hitam pekat yang menjulang tinggi ke langit.

https://x.com/Italia24HLive/status/1929481348441403700/video/2

https://x.com/aurelienpouzin/status/1929492696248332766

Menurut kenyataan Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali, gunung berapi itu sedang mengalami letusan jenis “strombolian” yang semakin kuat dari masa ke masa.

Letusan jenis ini terkenal dengan letupan berselang-seli yang boleh menghasilkan lava panas, gas dan abu.

“Kami mengesan sedikit abu halus jatuh di kawasan Piano Vetore sejak beberapa jam lalu,” kata institut tersebut dalam laporan yang dipetik secara meluas oleh media tempatan.

Sebelum letusan berlaku, laman web Volcanic Discovery melaporkan berlakunya gegaran seismik berterusan bermula sekitar jam 10 malam waktu tempatan. Gegaran tersebut mencapai kemuncaknya kira-kira jam 1 pagi.

Pusat Nasihat Abu Gunung Berapi (VAAC) di Toulouse, salah satu daripada sembilan pusat pemantauan risiko penerbangan di seluruh dunia, memaklumkan bahawa awan abu dari letusan itu telah mencapai ketinggian sekitar 6,400 meter.

Difahamkan, ini bukan kali pertama gunung berapi itu meletus tahun ini.

Untuk info, gunung Etna merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia dan sering menjadi tarikan pelancong kerana keunikan serta keindahan fenomena alam yang ditawarkan.

Namun, dalam situasi letusan seperti ini, keselamatan orang awam menjadi keutamaan.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima. Namun, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar menjauhi kawasan sekitar gunung sehingga keadaan kembali stabil.

Sumber: Independent

View Original Article