Gunung Berapi Lumpur Meletus Di Lahad Datu Cetus Keresahan Orang Ramai

19 Sep 2022 • 9:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian alam memuntahkan lumpur

Gunung Berapi Lumpur Meletus Di Lahad Datu Cetus Keresahan Orang Ramai. Telah dilaporkan berlaku satu fenomena gunung berapi meletus memuntahkan lumpur di Taman Hidupan Liar, Lahad Datu semalam.

Fenomena yang menakjubkan ini telah tular di laman media sosial dipercayai dimuat naik oleh individu yang berhampiran di tempat berkenaan sempat merakam detik yang mencemaskan itu.

Rakaman video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata mereka merasa takjub dan resah melihat kejadian alam itu.

image is not available
Gunung Berapi Lumpur Meletus Di Lahad Datu Cetus Keresahan Orang Ramai

Letusan gunung berapi lumpur adalah normal

Fenomena ini turut dikaitkan dengan kemungkinan berlaku gempa bumi memandangkan gegaran semula jadi sudah biasa berlaku di Sabah lagi-lagi selepas gempa sederhana 5.9 skala Richter di Gunung Kinabalu pada 2015.

Pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata kejadian letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa berlaku sekiranya tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dimuntahkan.

Pada masa tertentu, keadaan ini akan berulang apabila tekanan terkumpul. Malah, kejadian (volkano lebih aktif) seperti ini kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa, katanya.

https://www.facebook.com/667625552/videos/pcb.10167253967315553/1115823152668606
Rakaman video gunung berapi lumpur meletus. Kredit: FB Sbn Hamit

Wujud juga di beberapa kawasan lain di Sabah

Kewujudan gunung berapi lumpur ini bukanlah sesuatu yang jarang sekali dilahat di Sabah, malah di kawasan lain juga boleh ditemui seperti di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Untuk maklumat, Pulau Tiga yang kini menjadi lokasi pelancongan adalah terbentuk daripada letusan gunung berapi lumpur pada 1897 berikutan gempa berlaku di Mindanao, selatan Filipina.

image is not available

Lagi cerita tentang kejadian alam yang menarik, baca di sini: