Gunung Berapi Shinmoedake Meletus di Jepun

WorldEnvironment
10 Aug 2025 • 7:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gunung Berapi Shinmoedake Meletus di Jepun

TOKYO, 10 Ogos (Bernama-Xinhua) — Letusan kuat Gunung Berapi Shinmoedake di banjaran Gunung Kirishima berlaku sekitar 5.23 pagi waktu tempatan pada Ahad, menghamburkan kepulan abu lebih 3,000 meter ke udara dari kawahnya, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Gunung berapi itu, yang terletak di sempadan antara wilayah Kagoshima dan Miyazaki, telah meletus secara berselang-seli sejak 27 Jun. Abu daripada letusan pada Ahad itu dilaporkan bergerak ke timur laut dan dijangka sampai sejauh Takanabe di Wilayah Miyazaki, menurut stesen penyiar kebangsaan NHK.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran bahawa hujan abu sederhana dijangka berlaku di Kobayashi dan Takaharu di Wilayah Miyazaki, serta Kirishima di Wilayah Kagoshima.

Menurut JMA, batuan gunung berapi bersaiz kecil mungkin jatuh dalam lingkungan kira-kira 14 kilometer ke timur laut dari kawah.

Agensi itu mengekalkan amaran letusan pada tahap tiga, menasihati penduduk supaya berwaspada terhadap batuan gunung berapi bersaiz besar dalam lingkungan tiga kilometer dari kawah dan aliran piroklastik dalam jarak dua kilometer.

— BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved