Gunung Dukono Meletus: 17 Pendaki Berjaya Diselamatkan

9 May 2026 • 12:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Gunung Dukono Meletus: 17 Pendaki Berjaya Diselamatkan

Gunung Dukono Meletus: 17 Pendaki Berjaya Diselamatkan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pasca letusan Gunung Dukono di Maluku Utara hari ini mengesahkan seramai 17 pendaki berjaya dipindahkan ke tempat selamat sehingga jam 6.00 petang waktu tempatan, lapor BBC.

Bagaimanapun, tiga pendaki disahkan maut dalam tragedi itu, membabitkan dua warga Singapura dan seorang warga Indonesia.

Gunung Dukono Meletus

Kesemua mangsa yang maut hanya dikenal pasti melalui huruf awal HWQT, SM, dan E.

Sehingga kini, jenazah mereka masih belum dapat dibawa turun dari kawasan gunung berikutan aktiviti letusan yang dilaporkan masih berterusan dan berbahaya bagi pasukan penyelamat.

Ketua Pejabat SAR Ternate, Iwan Ramdani, memaklumkan bahawa fokus utama buat masa ini adalah memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.

Bagi 17 pendaki yang berjaya diselamatkan, kesemuanya telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Sebahagian daripada mereka telah dibenarkan keluar dan kini ditempatkan di Hotel Bianda, manakala selebihnya sedang menjalani siasatan oleh Polis Daerah Halmahera Utara,” kata Iwan.

Walau bagaimanapun, pihak SAR tidak memperincikan jumlah sebenar individu yang kini berada di bawah pengawasan pihak polis

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa mengesahkan bahawa aktiviti pendakian di Gunung Dukono sebenarnya tidak dibenarkan buat masa ini atas faktor keselamatan gunung berapi yang aktif.

Baca juga:

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi, belum menaikkan status Gunung Dukono setakat ini.

Gunung yang terletak di Maluku ini kekal berada pada status Tahap II atau 'Waspada', iaitu status yang ditetapkan sejak tahun 2008.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga pendaki, termasuk dua warga asing, dilapor maut dan10 lagi hilang selepas Gunung Berapi Dukono di Pulau Halmahera, Indonesia meletus.

“Tiga individu maut, terdiri daripada dua warga asing dan seorang penduduk Ternate,” kata Ketua Polis Daerah Halmahera Utara, Erlichson Pasaribu seperti yang dilaporkan oleh AFP.

Erlichson berkata tujuh individu berjaya turun dengan selamat, namun 10 lagi masih hilang di kawasan yang diisytiharkan larangan kepada pengunjung sejak bulan lalu selepas saintis mengesan peningkatan aktiviti gunung berapi.

Katanya lagi, operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan berbukit dan mencabar yang hanya boleh dilalui kenderaan sehingga sebahagian laluan di lereng gunung.

Sementara itu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) berkata seramai lima orang pendaki turut mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Ketua Agensi Geologi Indonesia, Lana Saria berkata letusan yang berlaku pada awal pagi itu disertai bunyi “dentuman kuat” serta kepulan asap tebal yang menjulang kira-kira 10 kilometer dari puncak Gunung Dukono.

View Original Article