Gunung Merapi Muntahkan Awan Panas, Penduduk Diminta Berjaga-Jaga

21 Jul 2024 • 12:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gunung Merapi Muntahkan Awan Panas, Penduduk Diminta Berjaga-Jaga

Gunung Merapi dilapor mengeluarkan awan panas dengan jarak gelongsor maksimum 1,200 meter pada Sabtu.

Menurut Berita Satu, gunung berapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Daerah Yogyakarta itu berada dalam pemerhatian apabila mengeluarkan tiga aliran lava yang meluncur ke arah barat daya Kali Bebeng kira-kira pukul 12.00 hingga 6.00 petang waktu tempatan.

“Berlaku guguran awan panas di Gunung Merapi pada 20 Julai 2024 jam 7.46 petang waktu Indonesia Barat dengan amplitud maksimum 35 mm, berdurasi 119 saat, jarak luncuran 1,200 meter ke arah Sungai Bebeng, arah angin ke Barat Daya,” kata Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) menerusi laman rasmi X.

Menurut BPPTKG, potensi bahaya ketika ini dalam bentuk aliran lahar dan awan panas di bahagian selatan barat daya termasuk Sungai Boyong sejauh maksimum lima kilometer, Sungai Bedog, Krasak, Bebeng sejauh maksimum tujuh kilometer.

image is not available
Sumber: BPPTKG via X

“Orang ramai dinasihatkan menjauhi kawasan bahaya,” katanya lagi.

Bekalan magma Gunung Merapi boleh mencetuskan avalanche

Jika letusan berlaku, lemparan bahan gunung berapi dijangka boleh mencapai sehingga radius tiga kilometer dari puncak.

“Data pemantauan menunjukkan bekalan magma masih berterusan, yang boleh mencetuskan avalanche di kawasan berpotensi bahaya,” maklumnya.

BPPTKG menggesa orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti berdekatan kawasan berpotensi bahaya dan peka dengan bahaya lahar dan awan panas, terutamanya apabila berlaku hujan di sekitar Gunung Merapi.

Tambahan lagi, orang awam dinasihatkan untuk peka dengan gangguan yang disebabkan abu gunung berapi daripada letusan Gunug Merapi.

BPPTKG berkata lagi, sekiranya terdapat perubahan ketara dalam aktiviti gunung berapa itu, tahapnya akan segera dikaji semula.

View Original Article