Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

19 Apr 2024 • 12:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar Instagram mercymalaysia

KUALA LUMPUR - Beberapa penerbangan dari Sabah, Sarawak dan Labuan sudah kembali beroperasi sejak malam tadi, kata Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia susulan keadaan cuaca semasa yang membolehkan mereka berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, beberapa penerbangan yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan atas alasan keselamatan.

Ia membabitkan penerbangan dari atau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

"Lain-lain penerbangan yang dijadualkan hari ini akan berlepas mengikut jadual.

"Segala perkembangan terkini akan dimuat naik di laman web Malaysia Airlines dan semua penumpang terjejas akan dimaklumkan jika terdapat sebarang perubahan dalam jadual penerbangan," kata kenyataan yang dikongsi di laman webnya.

Menurut kenyataan itu, semua penumpang terjejas yang ingin membatalkan atau mengubah jadual penerbangan boleh berbuat demikian menerusi 'My Booking' di laman web syarikat itu.

Katanya, penumpang juga boleh menghubungi Malaysia Airlines menerusi khidmat sokongan Live Chat di laman web atau menghubungi Pusat Hubungan Global. - Getaran, 19 April 2024