Gunung Semeru meletus, muntahkan abu setinggi 1 km

WorldEnvironment
6 Sep 2026 • 8:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Gunung Semeru meletus, muntahkan abu setinggi 1 km

JAKARTA, 6 SEPT: Serentak dengan letusan besar Anak Krakatau di Indonesia, Gunung Semeru di Pulau Jawa turut meletus, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi kira-kira satu kilometer dari puncaknya, menurut Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral negara itu pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Gunung Semeru meletus pada 7.51 pagi waktu tempatan (00:51 GMT) Ahad.

Letusan itu direkodkan oleh seismograf dengan amplitud maksimum 23 milimeter dan berlangsung selama 102 saat, menurut Badan Geologi.

Terdahulu pada hari sama, Gunung Ili Lewotolok turut meletus, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi kira-kira 400 meter dari puncaknya.

Letusan berterusan Anak Krakatau dikesan sejak 4 Sept malam, disertai bunyi deram-derum, gegaran dan pancutan lava. Menurut data satelit, abu gunung berapi menjulang hingga kira-kira 14.6 kilometer dari paras laut.

Pada Ahad, Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan kerajaan, tentera, polis, pasukan penyelamat serta agensi berkaitan lain supaya terus memantau keadaan dan memastikan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang perkembangan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved