Gunung Sinabung meletus, penduduk bertempiaran lari

Environment
31 Aug 2026 • 5:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gunung Sinabung meletus, penduduk bertempiaran lari

JAKARTA – Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus pagi tadi, menghamburkan abu gunung berapi kira-kira 3.5 kilometer di atas puncak.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata, letusan bermula pada 10.17 pagi waktu tempatan dengan kepulan abu hitam tebal dilihat bergerak ke arah timur dan tenggara.

“Penduduk dan pengunjung dinasihatkan menjauhi perkampungan yang telah dipindahkan serta tidak menjalankan aktiviti dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak Gunung Sinabung dan 4.5 kilometer ke arah selatan serta tenggara,” menurut laporan yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

Gunung Sinabung yang terletak di Kabupaten Karo kekal pada Tahap II (Waspada), manakala penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya aliran lumpur gunung berapi. – Bernama

The post Gunung Sinabung meletus, penduduk bertempiaran lari appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved