Gunung Sinsing disahkan puncak ketiga tertinggi di Malaysia

26 Aug 2023 • 12:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan bahawa Gunung Sinsing yang terletak di daerah Tambunan adalah puncak ketiga tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,586 min aras laut (MSL).

Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu diperolehi melalui ekspedisi sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok dan wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan pada 10 Mei lalu.

Beliau berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu dicerap menggunakan peralatan penerima data sistem satelit navigasi global yang tepat, iaitu Stonex S900A Global Satellite System (GNSS).

“Data cerapan itu yang direkod kemudiannya diproses oleh juruukur berdaftar untuk menentusahkan ketinggian sebenar Gunung Sinsing dari min aras laut.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Dengan menggunakan kaedah ini, didapati ketinggian Gunung Sinsing adalah 2,586 MSL sekali gus mengekalkan statusnya sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Gunung Sinsing telah menarik perhatian orang ramai sejak tahun 2018 apabila ia diuar-uarkan di media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo, selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,096 meter dan Gunung Trusmadi juga di negeri ini dengan ketinggian 2,643 meter.

Frederick berkata Jabatan Perhutanan Sabah akan meneruskan usahanya untuk melindungi kawasan yang berkepentingan seperti Gunung Sinsing yang berhampiran dengan Gunung Trusmadi dan merupakan habitat pelbagai spesis flora dan fauna.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.