Guru agama, 71, didakwa lakukan gangguan seksual ke atas remaja

20 Apr 2023 • 5:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang guru agama berusia 71 tahun didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, pada Rabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memeluk dan mencium gadis itu serta membelai buah dadanya jam 8 malam, 3 Mac tahun ini di sebuah rumah di Taman Nountun Juta, Inanam, dekat sini.

Perbuatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Terdapat hukuman tambahan untuk lelaki itu di bawah Seksyen 16(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Mei tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 deposit RM10,000 beserta dua orang penjamin tempatan yang mempunyai alamat tetap.

Lelaki itu juga diperintah supaya melaporkan diri di balai polis di sini Isnin pertama dan ketiga setiap bulan sehingga kesnya selesai.

Mahkamah turut memerintahkan supaya sebarang dokumen perjalanan dan pasport disita oleh mahkamah.

Mahkamah mengingatkan lelaki itu bahawa sekiranya mahkamah menerima sebarang laporan aduan rasmi daripada mangsa atau mana-mana ahli keluarga serta bakal saksi sama ada secara fizikal atau melalui telefon, mahkamah tidak akan teragak-agak untuk membatalkan ikat jaminnya.

Gagal membayar ikat jamin, dia akan direman mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan melakukan pendakwaan manakala peguam Rizwandean M Borhan mewakili lelaki itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.