Guru besar dibunuh bekas kekasih bakal isteri di warung makan

30 Jan 2025 • 10:33 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

BANJARBARU – Hasrat seorang guru besar untuk berkahwin semula berakhir dengan tragedi apabila dia dibunuh bekas kekasih bakal isterinya dalam kejadian di sebuah warung makan di Desa Banua Kupang, Kalimantan Selatan, pada Isnin lalu.

Mangsa, Budi Irawan, 49, yang merupakan guru besar di SDN 2 Mantaas, Hulu Sungai Tengah, diserang suspek dikenali sebagai Ritaful Mufiqh, 22, yang masih menaruh perasaan terhadap wanita itu.

Menurut jurucakap polis, pasangan itu pernah menerima ugutan daripada suspek seminggu sebelum kejadian. Ketika berada di warung, berlaku pertengkaran sebelum suspek menyerang Budi dengan parang.

“Mangsa cuba melarikan diri, namun ditikam berkali-kali sehingga mengalami 24 kesan luka sebelum disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Difahamkan, suspek berang selepas pinangannya ditolak oleh bapa wanita berkenaan yang memilih untuk menerima lamaran Budi.

Setakat Rabu, pihak berkuasa masih memburu suspek berusia 25 tahun itu dan menggesa keluarganya supaya menyerahkannya kepada polis. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved