Guru cederakan murid: Tiada kompromi, kes disiasat secara adil – JPNPP

14 Sep 2026 • 6:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

GEORGE TOWN : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

Justeru, proses siasatan berhubung isu seorang guru yang didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap murid berusia sembilan tahun di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Barat Daya akan dibuat secara adil berdasarkan fakta dan keterangan yang diperolehi.

Menurut JPNPP, ketika ini, guru berkenaan telah ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sejurus aduan diterima bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara teratur tanpa menjejaskan kebajikan murid serta persekitaran sekolah.

“Dalam hal ini, JPNPP sentiasa mengambil serius aduan waris termasuk berhubung dakwaan seorang guru dikatakan melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang murid, baru-baru ini,” katanya di sini, hari ini.

Tambah JPNPP, PPD kini sedang mendapatkan keterangan daripada pihak berkaitan selain meneliti bukti dan dokumen sokongan sebelum tindakan selanjutnya diambil berdasarkan dapatan siasatan, peraturan serta tatakelola yang dikuatkuasakan.

Sebelum ini, Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Gerakan Pulau Pinang, Andrew Ooi, memohon JPNPP untuk menyiasat dakwaan berkenaan selepas murid terbabit dikatakan mengalami lebam pada bahagian kiri belakang badan dan lengan kiri akibat perbuatan guru tersebut.-UTUSAN

The post Guru cederakan murid: Tiada kompromi, kes disiasat secara adil – JPNPP appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved