Guru Denda Pelajar Squad 200 Kali Hingga Rosak Buah Pinggang

3 Oct 2023 • 2:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Liu mengalami kerosakan buah pinggang selepas guru denda pelajar squad sebanyak 200 kali dan berlari mengelilingi sekolah di wilayah Hunan, China.

Menurut laporan Tribun News, pelajar yang berusia 14 tahun itu dikenakan hukuman tersebut gara-gara bersembang di kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Sekolah Menengah Quantang daerah Changsha di Kota Jingzhou, Ningxiang, wilayah Hunan.

Guru denda pelajar squad

image is not available

Bagaimanapun, Liu telah mengalami sakit pada ototnya dan sukar berjalan selepas melakukan 200 kali senaman cangkung selepas membuat senaman tersebut.

Apa yang lebih memeranjatkan, Liu mengalami kencing berwarna teh malah dia diminta untuk membuat latihan berlari oleh gurunya meskipun masih belum pulih.

Liu telah pengsan selepas membuat enam pusingan larian dan pihak sekolah menelefon ibu pelajar tersebut untuk menjemput pulang ke rumah.

image is not available

Gambar hiasan

Ibunya kemudian membawa Liu ke Hospital Rakyat Ningxiang selepas mendapati anaknya itu kencing berdarah.

Hasil pemeriksaan mendapati Liu dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan risiko buah pinggang remaja itu kemungkinan gagal berfungsi jika lewat sejam.

Doktor turut memberitahu Liu berkemungkinan meninggal dunia jika terlewat mendapatkan rawatan akibat buah pinggang gagal berfungsi.

image is not available

Gambar hiasan

Liu telah dirawat selama seminggu di hospital tersebut dan Biro Pendidikan Kota Ningxiang sudah membuat permohonan maaf kepada keluarga Liu malah akan menanggung segala perbelanjaan di hospital.

Sumber: Tribun News