Guru Di Jerman Diarah Latih Murid Berperang Sebagai Persediaan Hadapi Perang Dunia Ketiga

WorldPolitics
8 Apr 2025 • 5:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Eropah mendorong Jerman untuk mengambil langkah drastik dengan mencadangkan agar latihan pertahanan awam dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Pada masa yang sama, rakyat digesa untuk menyimpan bekalan makanan, air, dan keperluan asas untuk sekurang-kurangnya tiga hari, sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan termasuklah kemungkinan tercetusnya Perang Dunia Ketiga.

image is not available

Menurut laporan Utusan, Kementerian Dalam Negeri Jerman menyatakan bahawa pelajar akan diajar bagaimana bertindak dalam situasi perang atau bencana, sejajar dengan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan Rusia ke atas wilayah NATO dalam beberapa tahun akan datang.

Eropah Bersedia, Bukan Panik

Gesaan serupa turut datang daripada Suruhanjaya Eropah yang menasihatkan semua rakyat di 27 negara anggota EU supaya menyediakan ‘kit kecemasan 72 jam’.

Image from: Guru Di Jerman Diarah Latih Murid Berperang Sebagai Persediaan Hadapi Perang Dunia Ketiga

gambar hiasan

Kit ini disarankan mengandungi barangan asas seperti air botol, makanan tenaga, ubat-ubatan penting, mancis, dokumen pengenalan dalam bekas kalis air, lampu suluh dan radio berkuasa bateri.

Langkah ini bukan hanya terhad kepada negara EU, malah rakyat United Kingdom turut disarankan membuat persediaan serupa. Hal ini susulan kebimbangan terhadap potensi sabotaj ke atas saluran tenaga oleh Rusia, lebih-lebih lagi selepas UK menutup loji arang batu untuk mencapai sasaran sifar karbon dan kini banyak bergantung kepada gas serta elektrik import, termasuk dari Norway.

Ancaman Di Laut Utara, Langkah Kecemasan Dipercepatkan

Kebimbangan semakin memuncak selepas kapal perisik Rusia, Yantar, dikesan menjalankan pemetaan ke atas infrastruktur bawah laut UK di Laut Utara.

Menurut sumber keselamatan, UK hampir mengalami gangguan bekalan elektrik musim sejuk lalu dan hanya diselamatkan oleh rizab kecemasan dan import tenaga dari Denmark.

Ekoran itu, pakar keselamatan menggesa setiap isi rumah UK untuk mencontohi pendekatan EU dengan menyediakan kit kecemasan yang mengandungi bekalan asas seperti makanan tahan lama, air, lampu suluh, ubat, radio, dan pisau serbaguna.

Perancis Turut Bertindak: Edar Buku Panduan Kecemasan

image is not available

Perancis tidak terkecuali dalam mengambil langkah berjaga-jaga. Sebuah buku panduan kecemasan setebal 20 muka surat akan diedarkan ke seluruh isi rumah menjelang musim panas. Panduan ini memuatkan 63 langkah keselamatan termasuk persediaan menghadapi serangan bersenjata, bencana alam, kebocoran nuklear dan kemalangan industri.

Salah satu cadangan yang mencetuskan perdebatan ialah saranan agar rakyat ‘mengunci pintu’ ketika berlaku kebocoran nuklear kerana langkah ini dianggap tidak praktikal oleh sesetengah pihak.

Presiden Emmanuel Macron sebelum ini telah menegaskan bahawa Eropah perlu bersedia menghadapi sebarang ancaman, termasuk kemungkinan pengurangan sokongan ketenteraan dari Amerika Syarikat.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

Trump Kenakan Tarif, Malaysia Mungkin Kehilangan 50,000 Pekerjaan?

View Original Article