
Seorang guru dilapor cabul pelajar di tandas dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Kota Palangkaraya, Kalimantan Tengah baru-baru ini, lapor Tribunseleb.
Namun apa yang lebih malang, perbuatan terkutuk guru (suspek) terbabit disaksikan oleh mata kepala isterinya sendiri yang turut berada di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Palangkaraya, Budi Santosa, pada awalnya wanita itu hadir ke sekolah tersebut untuk menjenguk suaminya.
Bagaimanapun setelah tiba di sekolah, segalanya mula terbongkar apabila wanita itu mendapati suaminya tiada di dalam kelas.
“Isteri suspek ketika itu datang ke sekolah, namun melihat suaminya tiada. Setelah dicari, (akhirnya) dia menjumpai suspek di tandas dengan salah seorang pelajarnya,” kata Sentosa, memetik Tribunseleb.
Kes menjijikkan itu dilaporkan kepada pihak polis pada Rabu sebelum suspek akhirnya ditahan polis pada dua hari berikutnya.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejinya itu terhadap tiga mangsa pelajar perempuan berusia 10 dan 11 tahun sejak April hingga Julai ini.

“Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa pertama sebanyak tiga kali, manakala mangsa kedua dan ketiga masing-masing sebanyak sekali,” tambahnya.
Ketika melakukan perbuatan tersebut, suspek sempat berpesan kepada mangsa untuk tidak memberitahu kepada sesiapa, malah dia turut memberikan ‘hadiah’ wang tunai antara RM7 hingga RM30.
Bagaimanapun tambah Santosa, suspek tidak sempat untuk merogol mangsa, sebaliknya hanya meminta membelai kemaluannya.
“Suspek melakukan (perbuatan itu) sewaktu pelajar lain sedang mengaji dan memanggil mangsa ke tandas serta meminta tolong,” katanya.
Dalam masa sama, pihak polis juga turut mendapatkan surat pengakuan yang ditulis oleh mangsa untuk ibunya sebagai bahan bukti.
“Mah jangan bagitahu siapa-siapalah, aku dengan ustaz ke wc disuruh pegang ‘burung’ ustaz,” tulis surat itu.
Sehubungan itu, suspek akan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak melebihi 5 juta Rupiah atau RM1,487 jika disabit kesalahan.
Sumber: Tribunseleb
The post Guru Didakwa Cabul Pelajar Di Tandas, Isteri Nampak appeared first on Siakap Keli.

