Guru direman hantar pautan lucah kepada guru wanita

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Seorang guru lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita.

Perintah reman sehingga Selasa depan dibenarkan Majistret Nabilah Nizam selepas permohonan dibuat pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Suspek berusia 32 tahun itu bakal disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, suspek hadir ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 9 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Suspek dilihat meninggalkan pekarangan mahkamah pada jam 11.30 pagi dengan diiringi anggota polis bersama beberapa suspek lain.

Difahamkan, lelaki itu ditahan semalam susulan laporan dibuat seorang guru wanita yang mendakwa menerima pautan lucah daripada suspek.

Pada masa sama, mangsa turut mendakwa pernah menyaksikan lelaki terbabit terlibat dalam tingkah laku intim dengan beberapa pelajar perempuan.

Suspek bagaimanapun tampil membela diri dengan memuat naik kenyataan di akaun Facebook miliknya, mendakwa tindakan menghantar pautan lucah itu dilakukan tanpa sengaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved