Guru disiplin tampar & tarik rambut anak murid, didakwa di mahkamah

9 Jul 2024 • 8:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Melaka didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas tuduhan mencederakan pelajarnya.

Tertuduh, Mohd Heirman Ishak, 48, didakwa mencederakan pelajarnya kerana bertindak biadap, dua tahun lalu dengan menampar muka beberapa kali dan menarik rambutnya

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Mohd Heirman didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh sebutan baharu untuk serahan dokumen.

Peguam, Nor Azmi Mohd Arif bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya masih berkhidmat sebagai guru serta menanggung dua anak yang masih belajar serta ibu terlantar sakit.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tidak boleh mengganggu mangsa hingga perbicaraan selesai.