Guru ditahan miliki ganja

LocalPolitics
27 Nov 2024 • 11:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang guru ditahan dengan rampasan ganja bernilai RM6,300 di Damansara Damai, di sini, pada Selasa.

PETALING JAYA - Seorang guru ditahan dengan rampasan ganja bernilai RM6,300 di Damansara Damai, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.45 petang oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Katanya, pemeriksaan menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 210 gram bernilai RM6,300.

"Ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis ganja.

"Semakan juga mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod lampau itu merupakan guru di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, siasatan awal mendapati ganja itu dipercayai untuk kegunaan sendiri.

Beliau berkata, suspek telah direman lima hari sehingga Ahad untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, polis menasihatkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes dadah di mana-mana balai berdekatan atau menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662267.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved