Guru guna gambar ‘askar China’ pada poster dikenakan tindakan tatatertib: Fadhlina

LocalPolitics
19 Aug 2024 • 8:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sudah mengenakan tindakan tatatertib terhadap seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang kerana menggunakan gambar propaganda ‘askar China’ pada poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kesilapan yang dilakukan guru terbabit dianggap amat serius.

"Kita sudah mengambil tindakan tegas melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib.

"Itu langkah paling tegas yang Kementerian Pendidikan (KPM) laksanakan terhadap guru itu," katanya kepada media Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, di Sungai Besar hari ini.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung tindakan guru di sebuah sekolah menengah yang menggunakan gambar tidak sepatutnya pada poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan.

Pengarah JPN negeri, Datuk Abdul Said Hussain berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia telah menyinggung dan mengguris hati banyak pihak.

Beliau turut memohon maaf atas kecuaian guru terbabit yang tidak peka dengan menggunakan gambar template yang diambil daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan.

Guru berkenaan didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu pada poster berkenaan dan permohonan maaf telah dibuatnya pada Khamis lalu, manakala poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan poster lain. - 19 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved