Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi surat rasmi bertarikh 21 Oktober 2023 memaklumkan akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober 2023 hingga 3 November 2023 sebagai tanda kebersamaan warga KPM dalam menyokong kemanusiaan sejagat.
Sepanjang minggu tersebut, berbagai-bagai acara yang akan dijalankan termasuklah pelancaran tabung kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin.

Namun begitu, belum lagi program ini berjalan, satu video tular yang memaparkan gelagat beberapa orang guru sedang menjalankan program yang berkait dengan solidariti terhadap Palestin dikecam ramai.
Mak find this disturbing lahhh…
Mcm menaba.kan bibit2 terrorism kepada anak2 pun ada.
Got better way to send "Save Palestine" message kot. Not like this pic.twitter.com/ZgsxZ1Ox7Z
Seorang guru lelaki berpakaian seperti seorang pejuang sambil memegang senapang dan beraksi seperti berada di medan perang. Tidak terkecuali seorang guru wanita turut berbuat demikian. Manakala guru-guru yang lain dilihat hanya melaungkan solidariti buat Palestin.
Netizen menganggap ‘pertunjukan’ tersebut seolah menambahkan bibit-bibit keganasan kepada anak-anak murid.
Ujar netizen, guru-guru sepatutnya memainkan peranan penting dalam menerapkan isu kemanusiaan ini kepada murid-murid bukannya seolah menggambarkan dalam bentuk keganasan.
The post Guru-guru dikecam, berpakaian seperti pejuang, membawa senapang dalam program solidariti Palestin di sekolah appeared first on The Reporter.

