Guru Ingin Buat Kerja Sambilan, Kena Minta Lampu Hijau Dari KPM Dulu – Fadhlina

22 Jan 2025 • 2:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerja sambilan guru, kebenaran KPM adalah keutamaan

Guru Ingin Buat Kerja Sambilan, Kena Minta Lampu Hijau Dari KPM Dulu – Fadhlina. Kalau anda seorang guru yang terfikir nak buat kerja sambilan, jangan lupa – ada garis panduan yang perlu dipatuhi. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, setiap guru mesti mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu sebelum memulakan kerja sampingan.

Fadhlina menegaskan bahawa tugas utama guru ialah memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

image is not available
Guru Ingin Buat Kerja Sambilan, Kena Minta Lampu Hijau Dari KPM Dulu – Fadhlina. Gambar sekadar hiasan.

“Sebarang kerja sampingan tak boleh mengganggu tugas hakiki mereka, dan ia juga tak boleh dilakukan semasa waktu kerja rasmi,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut menasihatkan guru agar terus fokus pada PdP kerana itu adalah langkah utama untuk memastikan kualiti pendidikan di negara ini terus meningkat.

“Kita perlukan guru yang betul-betul fokus dalam kelas,” tambahnya.

Fenomena Guru Sambilan

Ketika mengulas mengenai lambakan guru yang terlibat dalam kerja sambilan, Fadhlina berkata KPM sedang memastikan semua permohonan berkaitan diuruskan dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Kalau ada keperluan untuk kerja sambilan, pastikan ia tidak bertentangan dengan tanggungjawab utama anda sebagai seorang pendidik,” katanya.

“Proses Pertukaran Bukan Sebab Tular”

Dalam isu lain, Fadhlina juga menepis dakwaan bahawa proses permohonan pertukaran guru hanya akan diluluskan jika ia menjadi viral di media sosial.

“Tidak betul. Semua permohonan mesti ikut proses yang ditetapkan. Keutamaan kami adalah memastikan keperluan pendidikan tidak terjejas,” jelasnya.

Beliau turut menggariskan beberapa faktor utama yang dipertimbangkan untuk pertukaran, termasuk isu pasangan jarak jauh, keselamatan, kesihatan, dan kebajikan guru. Malah, permohonan pertukaran boleh dibuat sepanjang tahun tetapi hanya akan dilaksanakan semasa cuti sekolah.

Guru ‘Duka Lara’: Keutamaan Pada Kebajikan

“Setakat ini, isu pasangan jarak jauh adalah punca utama permohonan pertukaran,” kata Fadhlina, merujuk kepada fenomena guru ‘duka lara’. Beliau menekankan bahawa kebajikan guru adalah keutamaan dalam sebarang keputusan melibatkan pertukaran.

Moral of the story? Kalau nak kerja part-time atau nak bertukar tempat kerja, ikut prosedur dan jangan lupa fokus pada PdP. Sebab, di hujung hari, apa yang paling penting ialah pendidikan anak-anak kita.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai jawatan guru di Sarawak: