Guru Kantoi Merokok Didakwa Tampar Dan Cekik 4 Pelajar

10 May 2024 • 3:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

4 pelajar tangkap guru lelaki tersebut merokok di sebuah sekolah agama

Guru Kantoi Merokok Didakwa Tampar Dan Cekik 4 Pelajar. Baru-baru ini, seorang guru didakwa menampar, menumbuk, dan juga mencekik empat pelajar berusia antara 10 hingga 11 tahun, selepas mereka menangkapnya merokok di dalam bilik stor.

Menurut laporan media, insiden ini dilaporkan berlaku semalam (9 Mei) di sebuah sekolah agama.

image is not available
Guru Kantoi Merokok Didakwa Tampar Dan Cekik 4 Pelajar

Guru lelaki berusia 48 tahun itu menggunakan keganasan terhadap empat pelajar selepas mereka memerhatikannya merokok di stor. Selain itu, beliau juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib, mengesahkan bahawa susulan insiden itu, ibu bapa kepada pelajar terbabit segera membuat laporan di balai polis tempatan.

“Berdasarkan siasatan awal, pelajar-pelajar ini menangis dan menggeletar apabila pulang ke rumah, dan mereka mengadu kepada keluarga masing-masing,” jelasnya.

Seorang pelajar cedera

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa salah seorang pelajar mengalami kecederaan di bahagian atas badan dan kening sebelah kirinya. Polis telah mengeluarkan notis Pol 59 kepada empat pelajar itu untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Pontian.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini

Mohammad Shofee menjelaskan bahawa semasa siasatan, guru itu mengaku menjadi marah apabila seorang pelajarnya melihat beliau merokok di stor sekolah.

Walaupun guru itu mengaku, namun tiada tangkapan dibuat kerana polis menunggu arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk meneruskan kes ini.