Guru lelaki ditahan disyaki salah laku seksual terhadap pelajar

26 May 2026 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guru lelaki ditahan disyaki salah laku seksual terhadap pelajar
Penahanan dibuat susulan laporan polis yang dikemukakan oleh dua orang pelajar terhadap guru berkenaan. Gambar hiasan

​BESUT - Seorang guru lelaki ditahan pihak polis hari ini selepas dipercayai terlibat dalam kes salah laku seksual terhadap pelajarnya di sebuah sekolah di daerah ini.

​Suspek berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.25 petang pada Selasa di kediaman keluarganya di sini.

​Penahanan dibuat susulan laporan polis yang dikemukakan oleh dua orang pelajar terhadap guru berkenaan.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

​Menurut beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan, ​pihak polis juga sedang dalam proses permohonan reman terhadap suspek pada petang ini, namun tempoh masa reman masih belum disahkan oleh pihak Majistret dan dijangka bermula esok.

​Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan salah laku membabitkan seorang guru di daerah Setiu.

​Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan bahawa isu tersebut kini berada dalam tindakan dan siasatan lanjut pihak kementerian.

​Menurut JPN Terengganu, siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved