Guru Mengaji Dihadapkan Ke Mahkamah Selepas Melakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun

LocalPolitics
1 Sep 2024 • 2:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
guru

Seorang Guru mengaji, Muhammad Amir Syahmi, 23 tahun mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak murid dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa yang berusia 8 tahun hadir bersama adik perempuannya berusia 6 tahun di pusat mengaji itu.

Tertuduh dikatakan membawa mangsa ke dalam bilik air dan meminta adiknya tunggu di luar sebelum terdengar suara mangsa berkata ‘tak nak’ dari dalam bilik air. Justeru itu, ibu mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sri Gading pada hari kejadian.

Walau bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan mahkamah menetapkan 8 Oktober ini untuk serahan dokumen.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro