Guru rugi hampir RM100,000 angkara penipuan kerja sambilan

30 Dec 2022 • 7:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
seorang guru terpaksa menanggung kerugian RM95,100 selepas ditipu dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud. - Gambar hiasan

KUANTAN - Hasrat seorang guru untuk mendapatkan peluang pekerjaan bukan sahaja tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugian RM95,100 selepas ditipu dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 35 tahun telah menerima tawaran kerja sampingan melalui aplikasi WhatsApp dengan disertakan pautan di aplikasi Telegram yang diberi oleh sindiket pada bulan ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa kemudian telah menyertai kumpulan telegram itu dan mendapat keuntungan selepas membuat tugasan pertama.

"Mangsa seterusnya membuat lagi beberapa tugasan dan transaksi dari 23 hingga 28 Disember lalu di beberapa akaun berbeza dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

"Selepas melakukan kesemua transaksi itu, mangsa berasa tertipu kerana masih tidak menerima pulangan seperti yang dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

katanya, susulan itu mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Pekan pada Khamis.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi menasihatkan kepada semua masyarakat agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dalam membuat keputusan atau menerima tawaran kerja melalui dalam talian daripada mana-mana pihak.

Jelasnya, ini bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di platform e-dagang atau pun media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved