Guru Rugi Lebih RM700,000 Ditipu “Polis” Palsu

17 Nov 2026 • 2:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Guru Rugi Lebih RM700,000 Ditipu “Polis” Palsu

BATU PAHAT, 17 Nov (Bernama) -- Seorang guru sekolah menengah di daerah ini kerugian RM748,326.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai “pegawai polis Bukit Aman”.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata wanita berusia 54 tahun itu menerima panggilan pada akhir Ogos lepas daripada individu yang tidak dikenali yang mengaku dari sebuah hospital di Rawang, Selangor.

Beliau berkata menerusi perbualan telefon itu, mangsa dimaklumkan ada pihak ketiga yang menggunakan namanya untuk tuntutan insuran sebelum talian disambungkan ke pegawai polis terbabit.

“Suspek memberitahu akan membantu mangsa membuat laporan polis secara dalam talian, selain meminta mangsa menyerahkan kad ATM miliknya untuk siasatan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kerana ketakutan mangsa menuruti setiap arahan suspek termasuk meletak dan meninggalkan kad ATM tersebut di sebuah gerai nasi lemak bersebelahan rumahnya pada 3 Sept lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata pada minggu lepas mangsa telah membuat semakan terhadap akaun bank miliknya dan mendapati beberapa transaksi pindahan wang kepada penama yang tidak dikenali berjumlah RM673,326.50.

“Mangsa juga telah memasukkan wang ke tiga akaun bank yang berbeza secara berperingkat menggunakan mesin ATM dan CDM berjumlah RM75,000 pada 4 Nov lepas sebelum menceritakan kejadian itu kepada kakaknya pada Ahad baru-baru ini (15 Nov) dan hanya menyedari dirinya ditipu setelah dimaklumkan kakaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved