Guru rugi RM228,460 terjerat janji pulangan lumayan

LocalBusiness & Finance
7 Mar 2025 • 1:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yahaya. Foto Sinar Harian.

KUANTAN – Seorang guru mengalami kerugian sebanyak RM228,460 selepas terpedaya dengan skim pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Kejadian bermula apabila lelaki berusia 59 tahun itu menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan peluang pelaburan tersebut pada 29 November 2024.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mangsa yang berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan telah membuat 20 transaksi berjumlah RM228,460.

“Kesemua wang tersebut dimasukkan ke dalam 10 akaun bank berbeza. Namun, suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang tambahan. Menyedari dirinya ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang skim pelaburan. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang kelihatan terlalu menarik,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved