Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 4 di Kota Tinggi, Johor telah mengambil keputusan membelanjakan duit bonus RM2,000 untuk menghias dan mengubahsuai kelas muridnya.
Menerusi perkongsian di platform X, guru yang dikenali sebagai Kamal Darwin mengatakan beliau mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan semuanya.
Ambik masa seminggu untuk siapkan kelas ni… ni bukan hasil kerja saya sorang tanpa bantuan ibubapa,kakitangan pembersihan skat4 dan guru2 senior yang turut sama menyumvbangkn idea serta pentandbir skat4 dan tak lupa juga PIBG.”
Guru Muda tak Kreatif? Me : Ni hasil saya kerja saja walaupun baru 3 bulan dekat sekolah ni! Insya allah jika dberikan tugas saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang
Lebih menarik lagi, Kamal baru sahaja bertugas di sekolah itu kurang dari 3 bulan bermula 28 December 2023.
Semoga apa yang dilakukan oleh saudara Kamal menjadi inspirasi kepada guru-guru yang lain. Mengajar sambil menyediakan kelas yang selesa untuk murid satu perkara yang wajar dicontohi serta diberi perhatian.