Guru Sekolah Pedalaman Di Sarawak Ini Ubah Bilik Darjah Jadi Cantik Guna Elaun Sendiri

12 May 2024 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau macam ni, lagi semangatlah anak murid nak belajar!

Guru Sekolah Pedalaman Di Sarawak Ini Ubah Bilik Darjah Jadi Cantik Guna Elaun Sendiri. Memainkan peranan dan tanggungjawab besar dalam membimbing anak-anak muda, guru adalah insan mulia yang berjasa dalam hidup setiap individu.

Baru-baru ini di Sarawak, seorang guru telah berkongsi di Facebook pengalamannya menukarkan bilik darjah anak murid di sekolah pedalaman menjadi sebuah ruang pelajar yang kondusif dan selesa.

image is not available
Guru Sekolah Pedalaman Di Sarawak Ini Ubah Bilik Darjah Jadi Cantik Guna Elaun Sendiri. Sumber gambar: FB Cikgu Al Tarmizi

image is not available
Sumber gambar: FB Cikgu Al Tarmizi

image is not available
Sumber gambar: FB Cikgu Al Tarmizi

Sebelum ini tular sebagai cikgu Spiderman

Cikgu Tarmizi dari Kota Bharu ini mengajar di sekolah pedalaman di Sarawak iaitu SK Kut Daro. Beliau sebelum ini pernah tular dengan gelaran guru Spiderman kerana telah memakai kostum adiwira Hollywood berkenaan bagi menyambut murid yang hadir ke sekolah.

Usaha beliau itu telah membuahkan hasil setelah senyuman terukir di wajah anak-anak muridnya yang masing-masing gembira melihat beliau dengan kostum berkenaan.

Kali ini pula, Cikgu Tarmizi telah membuat orang ramai terharu lagi sekali apabila beliau berjaya menukarkan bilik darjah tahun lima di sekolah tersebut menjadi cantik! Deco pada bilik darjah itu ala-ala cafe!

image is not available
Sumber gambar: FB Cikgu Al Tarmizi

image is not available
Sumber gambar: FB Cikgu Al Tarmizi

Bakul berisi makanan juga ada disediakan

Beliau juga ada menyediakan ruang bakul kecil yang berisi makanan ringan buat anak muridnya dalam kelas berkenaan!

Memandangkan murid menghabiskan masa yang lama di dalam bilik darjah, idea Cikgu Tarmizi untuk mengubah kelas itu menjadi kondusif dan selesa mendapat perhatian ramai.

Cikgu Tarmizi juga berkata, beliau ingin menjadikan suasana pelajaran buat anak muridnya lebih seronok selain selesa dan lebih kondusif.

image is not available
Sumber gambar: FB Cikgu Al Tarmizi

Guna elaun diri sendiri

Beliau juga berkata, proses menggubah bilik darjah ini untuk menjadi sebegini adalah melalui duit elaun mengajar di sekolah pedalaman dirinya sendiri.

Merupakan anak ke 8 daripada 11 orang adik beradik, Cikgu Tarmizi minat menjadi seorang guru bagi merealisasikan impian ayah nya dulu yang juga ingin bercita-cita menjadi seorang pendidik.

Kisah Cikgu Tarmizi ini boleh dijadikan inspirasi kepada warga pendidik lain di luar sana <3

Lagi guru inpirasi yang patut dijadikan teladan di sini: