Guru Tadika Dedah Hanya Dapat Gaji RM450 Sebulan

22 Jun 2022 • 1:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Guru merupakan insan yang mulia dan berjasa kerana menjadi seorang pendidik serta sebagai ibubapa kepada anak-anak kita ketika berada di sekolah.

Menurut laporan Kosmo, terdapat seorang guru tadika mendedahkan yang gajinya hanya RM450 kepada pengacara terkenal, Fedtri Yahya menerusi pesanan mesej di Twitter. Biar betul?

image is not available

Saya perlu pertolongan nak tanya orang ramai, normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ini?

Saya bekerja sebagai guru di sebuah tadika yang saya tak mahu dedahkan namanya.

Guru berkenaan juga turut meluahkan yang dia perlu bekerja dari pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari dengan menjaga 19 orang pelajar. 

Bukan tu jer, dia juga perlu kejar target yang tinggi untuk akademik, menghafal surah dan hadis. 

Apa pandangan korang? Layak ke seorang guru seperti ini dapat gaji hanya RM450 sebulan?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved