Guru Tak Mengajar 7 Bulan, 4 Pelajar Sabah Nekad Fail Saman

3 Sep 2022 • 12:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Empat pelajar berani dari Kota Belud berjuang demi pendidikan

Guru Tak Mengajar 7 Bulan, 4 Pelajar Sabah Nekad Fail Saman. Mahkamah tinggi akan mendengar dua kes melibatkan ketidakhadiran seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah Sabah.

Bekas pelajar SMK Taun Gusi di daerah Kota Belud, Siti Nafirah Siman memfailkan saman pertama pada 16 Oktober 2018 mendakwa guru bahasa Inggerisnya tidak hadir selama tujuh bulan pada 2015.

Dia juga mendakwa bahawa defendan lain tidak mengambil tindakan yang munasabah selepas isu berlaku dimaklumkan.

image is not available

Memetik laporan media tempatan, Siti Nafirah telah memanggil Kementerian Pendidikan yang terdiri daripada guru Mohd Jainal Jamrin, Pengetua SMK Taun Gusi Hj Suid Hj Hanapi, Pegawai Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Kes Siti Nafirah akan didengari di Mahkamah Tinggi bermula 12 September.

Dia mendakwa telah menunggu hampir empat tahun selepas memfailkan kes itu dan antara faktornya adalah supaya pendidikan pelajar diutamakan.

image is not available
Siti Nafirah Siman. Kredit: tiada.guru

Saya mahu membuka mata pentadbir sekolah, ibu bapa, guru dan pelajar. Kita mesti mengutamakan pendidikan kita dan tidak ada yang lebih asas kepada pendidikan berkualiti daripada guru yang memasuki kelas.

Siti Nafirah Siman

Kes kedua melibatkan guru yang sama

Sementara itu, saman kedua terhadap guru yang sama difailkan Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung.

Rusiah, Nur Natasha dan Calvina yang kini bersuai 21 tahun juga merupakan bekas pelajar SMK Taun Gusi.

Perbicaraan kami akan bermula pada 5 September 2022, hampir dua tahun selepas difailkan

Calvina Angayung

Tambahnya, mereka memanggil lima defendan ke Mahkamah Tinggi yang terdiri daripada guru, pengetua, Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Persekutuan.

image is not available
Nur Natasha,Rusiah dan Calvina. Kredit: tiada.guru

Calvina mendakwa guru bahasa Inggeris mereka tidak memasuki kelas selama lebih empat bulan pada 2017.

Katanya antara penyebab mereka memulakan litigasi ini adalah kerena mereka berazam untuk menjadi generasi terakhir yang mengalami masalah ini.

Tambahnya, dia juga mendapat inspirasi dari Siti Nafirah untuk berjuang.

Keempat-empat plaintif diwakili peguam Roxana Jamaludin, Shireen Sikayun, Jubili Anilik dan Cominic J Omok.

image is not available
Gambar Hiasan

Pendidikan adalah jalan menuju masa depan yang lebih cerah. Tiada siapa yang harus menghalang hak setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan yang bersih dan berkualiti.

Kenali Alesyah Isa, pelajar Sabah tersenarai top 10 global student prize:

Guru Sabah Khalifa Affnan lakar sejarah apabila memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge, baca di sini: