
KUNAK: Warga pendidik bertanggungjawab mencorakkan generasi hari ini mengikut acuan dan aspirasi yang diharapkan melalui falsafah pendidikan negara, kata Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy.
Menurutnya, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah turut memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara memiliki sahsiah serta daya saing yang tinggi, melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

