Seorang guru sekolah agama di Negeri Sembilan sedang disiasat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) selepas meninggalkan komen yang menghina masyarakat Orang Asli di media sosial.
Komen tersebut dibuat selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.
Guru berkenaan didakwa memuat naik komen yang menyamakan taraf penyokong BN/UMNO dan DAP seperti Orang Asli, yang dianggap sebagai penghinaan terhadap martabat dan kedudukan masyarakat Orang Asli.

Komen guru terbabit telah menimbulkan kemarahan ramai dan mendapat perhatian pihak berkuasa.
JPNS dalam kenyataannya menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang melanggar peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
Difahamkan, guru tersebut juga telah memohon maaf atas komen yang dibuatnya.
Kes ini sedang dalam siasatan lanjut oleh JPNS untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap guru tersebut.
The post Guru wanita disiasat kerana menghina Orang Asli appeared first on The Reporter.

