Gusi nipis lepas tiga bulan guna uncang nikotin

LocalHealth & Fitness
5 Sep 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gusi nipis lepas tiga bulan guna uncang nikotin

ALOR SETAR – Sebilangan peniaga dikesan mempromosikan produk uncang nikotin atau nicotine pouch di platform dalam talian sebagai alternatif kepada rokok dan vape, selain didakwa mempunyai fungsi sebagai penyegar mulut.

Tinjauan mendapati produk tersebut dijual dalam bekas berbentuk bulat dengan pembungkusan berwarna-warni dan ilustrasi menarik, selain ditawarkan dalam pelbagai perisa.

Antara perisa yang dijual termasuk pudina, mangga, koko, tembikai, sirap bandung, vanila latte, beri dan laici.

Pemerhatian mendapati, kandungan nikotin dalam produk berkenaan turut berbeza mengikut jenis antara tiga miligram (mg), 6mg, 9mg, 12mg, 15mg, 19mg dan 27.5mg.

Produk tersebut dijual pada harga RM15 hingga RM50 setiap satu.

Terdapat sesetengah peniaga memaklumkan produk itu hanya dijual kepada pengguna yang berusia 18 tahun ke atas.

Dalam pada itu, terdapat peniaga yang mendakwa suami­nya berhenti daripada merokok selepas menggunakan uncang nikotin tersebut.

Bagaimanapun, seorang pengguna mendakwa penggunaan produk itu selama lebih tiga bulan menyebabkan gusinya menipis kerana ia kerap diletakkan pada bahagian sama dalam tempoh yang lama.

Selain itu, terdapat pengguna yang berkongsi uncang nikotin perlu digunakan dengan cara yang betul bagi mengelakkan pengguna beralih kepada produk berkenaan secara berterusan, termasuk memilih kandungan nikotin yang lebih tinggi.

The post Gusi nipis lepas tiga bulan guna uncang nikotin appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved