Usaha sama Lynas Corp, AS tidak jejas operasi di Malaysia

23 May 2019 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Lynas Malaysia Sdn Bhd mengesahkan komitmennya kepada Malaysia susulan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat induknya dan Blue Line Corporation, untuk membina kemudahan pemisahan nadir bumi di Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Naib Presidennya, Datuk Mashal Ahmad berkata, cadangan usaha sama Lynas Corporation dengan syarikat yang berpangkalan di Texas itu, tidak akan memberi kesan kepada operasinya di Malaysia.

Beliau berkata berdasarkan cadangan awal JV itu, tumpuan akan diberikan kepada pemisahan nadir bumi berat berbanding tumpuan Lynas Malaysia kepada pemisahan nadir bumi ringan.

"Minggu ini, Lynas mengesahkan komitmen kami kepada Malaysia, dan untuk membuat pelaburan lanjut dalam operasi kami di Malaysia. Ini akan memberi peluang baharu kepada rakyat untuk berkembang bersama syarikat kami, dan untuk Lynas menyumbang kepada wawasan Industri 4.0 Malaysia," katanya. – Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved