

GWM Malaysia mencatat sejarah pada Hari Raya Aidilfitri 2026 apabila SUV pintar HAVAL H6 HEV diiktiraf sebagai model hibrid kedua paling laris di Malaysia dengan penghantaran sebanyak 6,000 unit sejak pelancarannya pada Oktober 2024.


Direka untuk menghadapi cabaran dunia sebenar, HAVAL H6 HEV menjadi pilihan utama keluarga Malaysia. Dengan sistem hibrid self-charging, pemandu tidak perlu risau mencari stesen pengecas. SUV ini mampu menempuh jarak hingga 1,000 km dengan satu tangki penuh—menjadikan perjalanan balik kampung lebih lancar, jimat, dan efisien.
“Hari Raya adalah hari di mana setiap perjalanan mempunyai makna tersendiri. Sepanjang usaha kami menghantar 6,000 HAVAL H6 HEV ke seluruh negara, kami amat bersyukur di atas keyakinan rakyat Malaysia terhadap GWM. ‘
"Raikan Perjalanan Menuju Keredaan’ menggambarkan kepercayaan kami bahawa setiap perjalanan mesti dijamin daripada segi keselamatan, diyakini dan mampu memberikan ketenangan minda terutamanya ketika hendak meraikan hari-hari yang teristimewa.” kata Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah.
Kualiti Global, Jaminan Tempatan
Keyakinan pembeli terhadap HAVAL H6 HEV datang dari prestasinya yang terbukti global dengan lebih 4 juta pemilik di seluruh dunia. Di Malaysia, GWM menawarkan waranti 10 tahun untuk enjin dan bateri HEV, menunjukkan komitmen terhadap ketahanan jangka panjang.

Dalam kempen ‘Tempah & Menang Raya 2026’, pelanggan yang menempah SUV antara 9 Mac hingga 30 April 2026 dan mendaftar sebelum 31 Mei berpeluang memenangi hadiah mewah termasuk:
Percutian 3H2M di Desaru Coast
TV Pintar Samsung 65” Crystal UHD 4K
iPad Air 11-inci & Dyson Airwrap
Rumah Terbuka Raya GWM pula berlangsung pada 28-29 Mac dan 11-12 April 2026 di lebih 35 bilik pameran seluruh negara.
Jadikan perjalanan pulang ke kampung tahun ini lebih bermakna dengan SUV yang memahami nadi keluarga Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, lawati bilik pameran GWM terdekat atau layari laman web rasmi GWM Malaysia.
