GWM Lanjut Waranti Bateri Sistem Hibrid Haval H6 HEV Kepada 10 Tahun

LocalCars
3 Jul 2025 • 8:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

GWM Malaysia mengorak setapak ke hadpaan apabila telah memilih untuk meningkatkan jaminan bateri sistem hibrid (HEV) kepada 10 tahun bagi model terlarisnya, GWM Haval H6 HEV.

Bagi yang tidak tahu, GWM sebelum ini menawarkan jaminan bateri sistem hibridnya selama 8 tahun atau 1 juta kilometer untuk model Haval H6 HEV namun meningkatkan jaminan demi pelanggan setia mereka.

Apa yang menarik, waranti ini turut diberikan kepada pemilik sedia ada H6 HEV. Maka, tidak wujudlah isitilah ruginya terbeli awal!

image is not available

Selain itu, GWM kini turut menawarkan promosi terhad untuk HAVAL H6 HEV termasuk penjimatan bernilai RM6,600.

image is not available

Mengimbas kembali, SUV segmen-C ini yang dipasang secara tempatan telah dilancarkan pada Oktober 2024, pada harga RM139,800.

image is not available

Sejak itu, ia menjadi antara model paling laku namun GWM tidak mendedahkan jumlah jualan sepenuhnya. Sebaliknya, berdasarkan data daripada data.gov.my menunjukkan bahawa jualan model Haval H6 HEV antara Januari hingga Mei tahun ini telah mencapai jumlah keseluruhan sebanyak 1,440 unit .

Bagaimanapun, angka ini belum termasuk jualan pada bulan lepas (Jun).

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah mengakui ia bukan sekadar angka sebaliknya mengenai momentum.

"Hasil pertumbuhan ini menunjukkan rakyat Malaysia menerima visi kami untuk menghasilkan kereta yang menggabungkan inovasi, nilai dan kesesuaian dengan kehidupan seharian mereka," katanya.

image is not available

Dalam perkembangan sama, GWM Malaysia turut mengesahkan bahawa mereka akan melebarkan rangkaian jualan mereka. dalam tempoh terdekat ini.

Sebagai makluman, sebanyak 18 cawangan telah dibuka sejak tahun lepas dan angka itu meningkat kepada 26 cawangan setakat pertengahan tahun ini.

Malah, GWM Malaysia turut menyasarkan untuk membuka 35 cawangan lagi menjelang akhir tahun nanti.

Untuk keterangan lanjut, layari gwm.com.my.