GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

LocalCars
3 Nov 2026 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

image.png

SUV hibrid kompak GWM ORA 5 Hi2 HEV kini selangkah lebih dekat ke pelancaran rasmi bulan ini selepas unit pemasangan tempatan (CKD) pertamanya rasmi keluar dari kilang EP Manufacturing Bhd. (EPMB) di Melaka, dengan anggaran harga jualan di bawah RM115,000.

image.png

Model hibrid terbaharu ini dikuasai enjin turbo 1.5 liter dan motor elektrik dengan kuasa gabungan 223 PS serta tork 476 Nm. Prestasi pemanduan disalurkan menerusi Transmisi Hibrid Khusus 2-kelajuan (DHT) yang responsif dan lancar.

Paling menarik, kecekapan bahan api model ini mencatatkan serendah 4.4 liter bagi setiap 100 km dengan jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,100 km tanpa memerlukan pengecasan luaran. Pengiktirafan Guinness World Records turut pernah ditarik oleh model ini di China selepas mencatat kadar penjimatan sehingga 3.74L/100km.

Reka Bentuk Beranugerah & Pengiktirafan Antarabangsaimage.png

Bukan sekadar jimat, GWM ORA 5 turut meraih anugerah Design of the Year di London Design Awards 2025 dan Best Interior Design Award (Family Car) di TADA 2026.

Ruang dalamannya direka khas untuk memenuhi keperluan keluarga moden dengan gabungan kepraktisan, keselesaan, dan teknologi pintar.

Tempahan Dibuka: Anggaran Harga Bawah RM115,000image.png

GWM Malaysia telah membuka tempahan sejak 5 Oktober 2026 di seluruh negara. Harga muktamad, spesifikasi penuh pasaran tempatan, serta manfaat pemilikan akan diumumkan secara rasmi sepanjang tempoh pelancaran November ini.

Pelokalan model ini memperkukuh komitmen jangka panjang GWM di Malaysia, menyertai barisan model CKD lain seperti GWM HAVAL H6 HEV dan GWM WEY G9.

Semarak Ulang Tahun Ke-4: Peluang Menang ORA 5 Percuma

Bersempena sambutan ulang tahun keempat berteraskan tema "GROW WITH MALAYSIA", pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan GWM pada November atau Disember 2026 berpeluang memenangi sebuah GWM ORA 5 Hi2 HEV percuma menerusi cabutan bertuah utama.

Selain itu, GWM turut menawarkan:

Cabutan bertuah bulanan bernilai RM100,000.

Kadar pembiayaan serendah 0.08% dan manfaat nilai sehingga RM17,000.

Edisi Istimewa Ulang Tahun bagi model HAVAL H6 HEV dan TANK 500 dengan kemasan hitam khas.

Untuk maklumat lanjut dan pandu uji, kunjungi bilik pameran pengedar sah GWM terdekat atau ikuti saluran media sosial rasmi GWM Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved