H&M Buang 1,500 Pekerja Sebagai Langkah Untuk Menjimatkan Kos

Business & Finance
30 Nov 2022 • 11:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

H&M Buang 1,500 Pekerja Sebagai Langkah Untuk Menjimatkan Kos

Syarikat fesyen nombor dua dunia H&M berkata pihaknya akan membuang kira-kira 1,500 pekerja sebagai satu langkah untuk penjimatan kos.

Difahamkan ia disebabkan oleh permintaan yang semakin lemah ketika rata-rata pengguna kini menghadapi lonjakan kos sara hidup yang semakin mencabar.

H&M yang mempunyai kira-kira 155,000 orang pekerja itu telah melancarkan rancangan untuk ‘menyelamatkan’ RM840 juta setahun pada bulan September.

Memetik The Economic Times, caj penstrukturan semula sebanyak RM366 juta akan ‘dikeluarkan’ pada suku keempat, kata H&M dalam satu kenyataan.

Ketua Eksekutif H&M, Helena Helmersson mengatakan bahawa program penstrukturan kos yang telah mereka mulakan itu melibatkan kajian semula organisasi.

Bagaimanapun pihak mereka menyedari hakikat bahawa kakitangan-kakitangan mereka akan terjejas disebabkan perkara ini.

“Kami akan menyokong rakan sekerja kami dalam mencari penyelesaian terbaik untuk langkah seterusnya,” kata Helena Helmersson.

H&M juga mengatakan bahawa faedah tersebut akan bermula dari separuh kedua tahun depan.